Sunday, August 10, 2014

Anda Ingin Mengajar atau Berdakwah ?


1. Dua profesor bangsa cina muslim masa bujang dulu pernah belajar dan tinggal sementara di Institut Dalin Nur pada awal tahun 1980an. Kita gelar mereka Prof. Azman Hua (UIA) dan Prof. Syarif Wee (UKM). Nama samaran bagi rahsia identiti sebenar. Nanti keluarga marah. Sahabat handai irihati atau terusik memori arus dakwah. Selesai buat Sarjana Master dan Doktor Falsafah pengajian islam. Siapa sangka tangga kejayaan duniawi yang dicapai. Rakam penghargaan pada para guru, ustaz, muqadim, amir dan shuyukh.

2. Kini mereka telah berkeluarga. Ada jemaah dan malah ada gelaran/darjat baru. Khalifah. Sheikh, muqaddim. Bersanad dan berijazah sufiyya. Syazuli, Qadiri, Shattari, Darqawi, Nashqabandi, Chisti atau Alawi. Tak kisah asal selamat bertariqat. Tahu kekurangan diri. Arif akan ujian nafsu, rohani dan kuasa duniawi. Ada selendang hijau, merah atau kuning. Gunung Darqawi biru jarang hujan. Serban hijau guru maulana pakai waktu moussem dan haul masyaikh.

3. Apa mesejmu wahai faqir pasca al-Rumi ? Dari 20 pejuang muda cina muslim kini tinggal sidi zhuigan yang istiqama. Lembah attar harum semerbak. Tasik fansuri berombak makrifat dingin. Denai al-junaid penuh duri. Lorong abu turab hashimi lee berdebu hingga ke kota kudus Qum.
Sediakan daftar nama murid setia atas keping buluh perindu Bukit Pencala Arqam kata Master Izi.
Jenerasi depan akan cepat lupa.

4. Siapa pengasas dan pendiri al-Hunafa, Darul Fitrah dan Macma ? Ramai tokoh, alim ulama dan pemimpin hilang pergi tiada ganti. Ustaz Ishak Ma, Tun Omar Ong Yoke Lin, Hj.Sulaiman Hon, Nasir Ma Li, Ibrahim Ma Tian Ying, General Omar Pai, Shamsudin Tung, Hj.Mokhtar Stork, Yusuf Yap, Hj. Ibrahim Heng....dll...

5. Bersedialah wahai anak nusantara ! Bahtera warisan hamzah fansuri luas, besar dan kuat untuk kita belayar harungi lautan shariat dan mencapai tebing haqiqat. Mahu berpedoman dengan Imam Wang Daiyue ? Sayang bahasa mandarinku yi tian tian. Admiral Zhenghe buat pelayaran haji badal untuk maharaja ? Sunan Qudus berguru dengan alim sufi china sheikh abdal qadir as-sinni ?

6. Bapak Effendi Teuw kagum dengan fadilat doa zikir ini : 'Allahumma a-inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika". Baca 3 x lepas tiap salat fardu. Ada lagi- Allahumma inna nas-aluka imanan daiman, wa nas-aluka qalban khasyi-an, wa nas-aluka ilman nafian, wa nas-aluka yaqinan sodiqan wa nas-aluka dinan qayyiman... (mohon iman yang kekal, hati yang khusyuk, ilmu bermanfaat, yaqin yang tulus, agama yg.mantap teguh...seterusnya mohon afiat yg.sempurna dan kaya-berdikari dari manusia (ghina anin-nas)".

1 comment:

zhou said...

Hari ini 27 Ogos 2014 dalam akhbar Star ada ruangan khas melaporkan kejayaan seorang china muslim dari taiping, perak sebagai Profesor Dr.Luqman Chuah-pakar jurutera penyelidik kimia Universiti Putra Malaysia.....katanya:
' My best friend with perfect virtues.It combines upright integrity with accomodating flexility. It has perfect balance of grace n strength, or Yin and yang. Beside he personifies simplicity. He produce no flowers or fruits. The hollow self-trunk indicates of chinese humility or heart without arrogance. He is Bamboo Tree !'