Saturday, July 19, 2014
Tiga Dinar Mas Kawin Celebriti Irma Hasbie: Sunnah Yang Hilang
A. Contoh Dinar Emas sebagai Mahar Perkahwinan di Malaysia yang semakin popular
foto sumber : Blog. Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah r.a adalah sebanyak 500 Dirham Perak. Manakala Habibah binti Ramlah dinikahi Nabi Muhammad S.A.W dengan sebanyak 500 Dinar Emas.
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW:-
Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi).
Tahukah anda, M.Nasir kahwin kali kedua dengan Maria gunakan 13 Dinar mas pada tahun 2000x !
B. KUALA LUMPUR 2 April 2012 -
Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain," katanya.
C. Ramai tak tahu bila Dinar Mas dilancarkan di Malaysia ? Tahun 2010. Harga dinar masa itu purata RM500. Sekarang tahun 2014 =RM600-700.
Berita Online. Dinar Emas dan Dirham Perak terbitan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan secara rasminya dilancarkan pada 12 Ogos 2010 untuk dimiliki oleh semua.Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan boleh didapati dari rangkaian wakalah lantikan Kelantan Golden Trade.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment