Friday, August 17, 2012

Guru Ulama Palsu Tak Peduli Isu Riba ?


 
Bolehkah seorang sufi tidak ambil kisah akan hakikat Syariah telah runtuh, dan terus mengajar seolah-olah kita masih hidup pada hari-hari di mana Syariah merupakan cara hidup kita? Tidak, ini tidak mungkin mengikut kaedah dan tujuan Tasawwuf. Oleh itu, Suluk dan pengajaran mesti disesuai berdasarkan keadaan yang baru. Untuk mencapai penyucian batin anda mesti mencapai kemurnian zahir, dan begitu jua sebaliknya. Kedua-duanya seiringan.

Pada zaman kita ini terdapat ramai guru-guru palsu, terlalu ramai. Adalah menjadi perkara biasa untuk berjumpa dengan mereka yang mempunyai gelaran yang panjang berjela, membuat dakwaan-dakwaan palsu, tetapi malangnya, tiada mempunyai sebarang ajaran yang bermakna. Dokumen silsilah boleh dibuat dengan mesin fotostat, tetapi pengetahuan tidak boleh diperolehi dengan helaian fotostat. Maka mudah untuk kita mengenal siapa guru sebenar. 
 
Shaykh yang sebenar tentu sedar keadaan baru dan hakikatnya, dan Suluk beliau akan disesuaikan dengan sewajarnya; tetapi guru yang palsu akan terus dengan formula-formula lama (mereka gagal menangkap erti sebenarnya) yang terpisah dari pemahaman hakikat, mereka hanya meniru tanpa ada ilmu, dan menokok-tambah hujah-hujah palsu dan karut-marut. Gagal berhadapan dengan hakikat (untuk mencari penyelesaian) sebahagian daripada mereka "melarikan diri" kepada fantasi-fantasi masa hadapan yang mudah: akhir zaman akan datang, menanti Imam Mahdi, menunggu Khalifa. 
 
Sebahagian lain pula "melarikan diri" ke masa silam dengan perasaan penuh hiba: Para Sahabat adalah hebat, kita ini melarat; masa lalu adalah gilang-gemilang, masa sekarang ini menyedihkan, dan sebagainya. Tetapi pengajaran kita ialah di sini dan kini, Pembimbing kita adalah di dalam Luft dan Hifdh; tugas kita hari ini adalah sama seperti selalu: marifatullah.

Ini adalah petanda orang-orang yang memahami: Tiada marifatullah jika anda tidak berperang menentang Riba dengan perbuatan – bukan sekadar ucapan. Dan mengapa Riba mendapat kedudukan sepenting ini? Kerana yang zahir kini tepu dengan Riba, dan kita adalah orang-orang yang berkata: hadapi dulu kemungkaran yang besar, kemudian baru dihadapi kemungkaran yang kecil. Dan Allah Maha Mengetahui.

1 comment:

zhou said...

Now, why would anyone be concerned about a bank run today? Oh yeah...

CNBC reports Spain Officially Requests Cash for Bank Bailout From Europe, right after I made it clear that CNBC is asking the wrong questions - to wit: CNBC Asks, "So Why Are Spanish Bond Yields Falling?" I Ask The Better Question, "Why Are Spanish Banks Considered Solvent?"

You also have CNBC reporting that Fitch Cuts Cyprus to Junk as Greek Exposure Hits (exactly as the Greek bailout constructionist lawyer from Gottlieb in the video above said it would last week). Exactly one year ago today I claimed Eighteen Percent of the EU is Literally Junk, Carried As Risk Free Assets at Par at 30x+ Leverage: Bank Collapse is Inevitable!!! I wasn't joking. Bank collapse is INEVITABLE!!!

If you remember, Greece was supposed to be in the clear right? Let's bring back Greek Crisis Is Over, Region Safe”, Prodi Says – I say Liar, Liar, Pants on Fire! All said Greece would never default while I made it clear multiple defaults were literally guaranteed as far back as 2010:

The Greece and the Greek Banks Get the Word “First” Etched on the Side of Their Domino 2010

Lies, Damn Lies, and Sovereign Truths: Why the Euro is Destined to Collapse! 2010

and the list goes on...