Friday, February 3, 2012

Restoran Tandoori Di PJ Terima Dinar Dirham

Alhamdulillah wa syukrulillah! Restoran D'Tandoor, sebuah restoran terkemuka di Malaysia sudi menerima Dinar & Dirham. Restoran yang merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan ini sering menjadi tumpuan ramai kenamaan dalam dan luar negara. Selain di Malaysia, Restoran D'Tandoor mempunyai cawangan di Arab Saudi, Australia dan New Zealand dan Arab Saudi.

Sekumpulan aktivis Dinihari Dinar telah melawat Restoran D'Tandoor lewat petang semalam dan disambut mesra oleh Encik Abdul Rahim Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif D'Tandoor Food Industries Sdn Bhd.



Sambil menjamu juadah makan malam, Encik Abdul Rahim mengusulkan beberapa cadangan untuk segera mengembangkan penggunaan Dinar & Dirham. Beliau serta-merta menawarkan tempat untuk aktivis Dinihari Dinar memberikan penerangan pada hari Ahad ini (5 Febuari) di majlis anjuran D'Tandoor. Beliau juga menawarkan kemudahan majlis taklimat Dinar & Dirham pada 18 dan 19 Febuari ini di Petaling Jaya.

Disamping itu, satu pakej istimewa perlancongan ke China menggunakan dirham yang diusahakan pihak beliau akan diumumkan sedikit masa lagi. Subhanallah!

Dalam pertemuan singkat tersebut banyak ruang dan peluang untuk kembalinya muamalah telah dibuka luas. Nyata sekali pihak D'Tandoor amat menyokong kembalinya Dinar dan Dirham kepada Ummah.

Moga Allah memberkati dan melimpahkan rahmat kepada Encik Abdul Malik Abdullah (Pengasas Restoran D'Tandoor), Encik Abdul Rahim Abdullah serta semua warga kerja Restoran D'Tandoor. Semoga usaha Restoran D'Tandoor menjadi contoh ikutan para usahawan agar segera menyatakan "KAMI TERIMA DINAR DAN DIRHAM."

Allahu Akbar! Allahumma salli 'ala Muhammad!

No comments: