Deligasi Dinar & Dirham yang dipimpin oleh Syaikh Dr Umar Ibrahim Vadillo, diikuti oleh En. Okawa dari Jepun (Mahaguru Kendo), dan En. Muhammed dari Francis (keturunan Arab Morocco). Mereka datang ke Sulu Darul Islam hanya dengan dua tujuan, mengadap PBMM Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa Taufan Sendong di Iligan City.
Menteri Eksekutif SSDI, Datu Habib Zakaria sendiri turut serta dalam rombongan ini sebagai wakil SSDI yang memandu dan menjemput mereka ke Sulu D.I. telah menegaskan bahawa, rombongan Syeikh Dr Umar sendiri boleh lihat nanti, betapa Tausug begitu terpinggir, sekian lama dikomplot dengan gelaran keganasan, hinggakan negara luar mendapat gambaran buruk tentang Sulu. Rombongan kami seramai 5 orang ini telah berjaya sampai ke Jolo, Sulu D.I. bertolak dengan kapal laut dari Zamboanga City dengan bantuan keselamatan ketat Peacekeeper SSDI 15 orang anggota.
Sebelum Subuh kami telah sampai di pelabuhan Jolo dan disambut dengan meriah oleh Pengawal Keselamatan SSDI, 2 lori dan satu Pajero serta 8 buah motorsikal siap dengan bendera SSDI. Kami dibawa ke hotel (tanpa bintang) yang terletak di dalam kawasan Kem Tentera Filipina untuk beristirehat sebelum dibawa ke Istana SSDI mengadap Sultan Bantilan II. Dua orang Polis Kerajaan Filipina yang juga penyokong SSDI, dilengkapi senjata M-16 dan B-14 secara sukarela mengawal ketat Syaikh Dr Umar dan rombongannya kemana sahaja mereka pergi dan selama mana mereka berada di Jolo. Ini tidak termasuk pengawal keselamatan SSDI sendiri.
Sessi pertemuan dengan Sultan Sulu berjalan lancar dan penuh muhibbah, kemudian sebelum berpisah diadakan sessi menandatangani MOU Persefahaman antara rombongan Syeikh Dr Umar dengan Perdana Menteri SSDI, Datu Habib Sattiya Amil Hassan disaksikan oleh PBMM Sultan Bantilan II. Kemudian diadakan sessi bergambar. Pada sebelah malamnya, di hotel tempat Syeikh Dr Umar menginap telah diadakan sessi "BULANSANG" dengan Kumpulan Pengawal Keselamatan SSDI yang diketuai oleh Ketua Panglima PEACEKEEPER, Chief of Staff, Syarif Tining kemudian diadakan majlis Bai'ah amalan Zikir Qadiriyyah kepada semua anggota keselamatan SSDI yang diijazahkan terus oleh Syeikh Dr umar Vadillo.
Maka pertama kali dalam sejarah Tausug Moden (hari ini) amalan Qadiriyyah Tausug telah kembali semula setelah putus hampir 100 tahun. Tausug adalah yang terkenal pengamal Tareqat Qadiriyyah (dinisbahkan kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani) yang menyebabkan mereka selama lebih 300 tahun tidak dapat ditundukkan oleh Spanyol. Tareqat ini adalah DARAH DAGING Tausug berabad-abad lamanya sebelum dimasuki oleh Freemason (hari ini hampir 70% Tausug menganggotai kumpulan-kumpulan kecil Fraternity dan golongan kaya atau politik pula mengaggotai Fraternity Induk iaitu Freemason).
Kerja Freemason di Sulu sebenarnya mudah, iaitu "Membangun bangunan dan memusnahkan bangunan", maksud bangunan di sini bukan semata-mata bangunan fizikal pencakar langit tetapi "membangun Orde Baru Dunia menjadikan budaya Tausug JAUH DARI TUHAN, kemudian mencipta perang atau ketidak stabilan untuk terus Tausug kekal begitu" sementara Manila terus membangun dan kaya. Hal ini perlu dilakukan oleh Freemason kepada tausug, kerana tausug adalah bangsa yang paling ditakuti di seluruh Filipina.
Foto En. Okawa dan En. Muhammed bergambar bersama Ketua Panglima Peacekeeper SSDI selepas mengadap Sultan Sulu.
Bukan kerana semata-mata berani, tapi sikap "Batu Api" mereka sehingga bangsa lain di Mindanao turut terangsang dan bangkit menentang Filipina. apa yang menjadi musuh Tausug akan turut menjadi musuh bangsa lain di Mindanao. Sebagai contoh MNLF diasaskan oleh Tausug dan bangsa lain turut serta dalam perjuangan MNLF kemudiannya. Satu contoh lagi ialah kewujudan SULU ZONE abad ke-17 dahulu, Tausug hanya mencetus dan mengarahkan bangsa lain seperti Iranun dan Balangingi' menyerang kawasan-kawasan perdagangan Belanda, Inggeris dan Spanyol diseluruh Nusantara.
Ini adalah satu kenyataan, bukannya rekaan ahli sejarah seperti James F. Warren dan lain-lain. Berbalik kepada rombongan Syeikh Dr Umar di Jolo, pada keesokan harinya sebelum bertolak ke Zamboanga City, Syeikh Dr Umar Vadillo telah mengijazahkan zikir Qadiriyyah kepada PBMM Sultan Bantilan II di Istananya, dan Syeikh Umar berucap, "Imam Malik r.a. lebih kurang berkata: Sesiapa yang tidak membai'ah Amirnya (pemimpinnya atau Sultannya) mereka kalau mati nanti, akan mati dalam keadaan JAHILIYYAH".
Syeikh Dr Umar Ibrahim Vadillo sedang bergambar dengan ketua Jabatan Pendaftaran Sivil SSDI di Jolo, Datu Habib Muhammad Nukrie (berserban dan berjambang), Polis Filipina dengan B-14 (tengah, beliau adalah juga rakyat SSDI), dan Syeikh umar dengan melilitkan selendang kandit TAUSUG dikepalanya.
Kemudian rakyat yang hadir ketika itu mula berbaris dan satu persatu berbai'ah kepada Sultan dengan nama Allah swt mengakui Sultan Bantilan II sebagai Sultan Sulu, dibela dengan darah dan nyawa serta taat kepada perintah Allah dengan menegakkan undang-undang Syari'ah (Quran dan Sunnah). Kemudian rombongan bergegas ke lapangan terbang Jolo seramai 5 orang termasuk saya dan menaiki kapal terbang menuju ke Zamboanga City.
TIBA-TIBA KECOHNYA KES TERRORIST!!
Setelah kami sampai ke Manila, tiba-tiba muncul berita dalam surat khabar Filipina bahawa mereka sedang mencari 5 orang pengganas telah bolos berkeliaran di Filipina Selatan. Datu Habib Zakaria bila terbaca berita ini tertawa, kemudian mengarahkan anggota keselamatan SSDI untuk memasang mata dan telinga di Zamboanga City dan Jolo. Sebarang gerakan sabotaj yang mereka GELAR sebagai PENGGANAS ABU SAYYAF sedang dalam perhatian SSDI. PBMM Sultan Bantilan II telah pun menitahkan rakyat SSDI di pedalaman masuk ke dalam semua kampung-kampung (termasuk perkampungan Mujahidin MNLF) untuk berkempen.
Terbaru SATU KUMPULAN bersenjata seramai 300 anggota di pedalaman gunung Sinumaan telah mendaftar sebagai rakyat SSDI. Sultan menitahkan ketua mereka agar jangan terlibat dengan program perang-perang oleh pihak DAJJAL. Mereka kena letak senjata dan angkat bendera Sulu Darul Islam di rumah-rumah mereka demi keamanan dan kesejahteraan umat Islam Tausug. Sultan Bantilan II dengan bantuan Perdana Menterinya sudah pun menemui ketua-ketua kumpulan bersenjata, bertukar fikiran dan pengetahuan berkenaan Sejarah Tausug dan martabat Islam di Nusantara.
Alhamdulillah mereka akur, kerana mereka para kumpulan bersenjata akan dijadikan Tentera Diraja Kesultanan Sulu bila sampai masanya nanti.
"At least five foreign extremists have been hiding on a remote southern Philippine island and could help link Filipino radicals to potential overseas financiers and combat trainers like the al-Qaeda terrorist network, a military commander said yesterday..." Read more: www.philstar.com
Berikut adalah jawapan Menteri Eksekutif SSDI, Datu Habib Zakaria Abdullah dalam Facebook (FB) di ruangan SULU MANTIRI. Sekaligus jawapan beliau adalah jawapan rasmi kerajaan di bawah duli PBMM Sultan Bantilan II:
"This is not the first time the Armed Forces of the Philippines did nasty things to destabilize our nation and people in Sulu. They have been using the Abu Sayyaf 'menace' to their great advantage before since they succeeded in infiltrating this group in the early stages of its raison d'etre. But they will have to think twice this time, as the Sultanate of Sulu Darul Islam is already institutionalizing a 'De Jure' government into a constitutional - regular - and nationally established government. They are not supposed to disturb the SSDI government without the consent of the duly constituted authority.
We know the five "terrorists" operatives mentioned in the AFP report could be alluded to the five visitors of the SSDI, although they can name any other 'mat-juan-adi' as they pleased. But the peace-loving peoples of the world are no longer blind to the facts and reality of what is going in and around Mindanao and Sulu, how the colonizer and occupying power of the independent SSDI have been manipulating issues to justify their human rights abuses including reversing the documented reports of the Human Rights Commission in Jolo, when there were American forces implicated in the carnage against civilians in Maimbung, Sulu, few years ago.
If they want to disturb the peace that SSDI want to bring to this part of the world, let them do their worse. We, in the name of the Almighty Allah, know what we can do later. If they prefer to part ways with bitter memories and on a war-footing, no Tausug have been known to run away from a good fight. Poorly armed as we are now, nevertheless we can still hold on with our ground advantage. But when we shall have amassed enough arms to balance those of the enemy’s, then maybe the legacy of the once powerful kingdom can bare its fangs. Let us remind our friends; never disturb a hornet’s nest !"
Foto diambil dalam Facebook SULU MANTIRI, berkopiah putih ialah Datu Habib Zakaria...
No comments:
Post a Comment