Thursday, March 22, 2012

Doa Untuk Sahabatku


written by guruyahya, March 22, 2012 00:33:07

Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak insya-Allah Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT. Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan bukan mencari keredhaan orang lain”

— Umar Al-Khattab

Tuesday, March 6, 2012

Using Dirham To Promote Ribawi Business


WOLRD DIRHAM BERHAD ( Quoted from its website www.1wdb.com)

WDB is a one-of-its-kind Dirham accumulation programme
that provides profit sharing and the option to leverage at high margins
with competitive financing charges.

WDB offers a yield on the Dirham, a product that traditionally
is accumulated solely for its capital preservation qualities.

Address at:

World Dirham Berhad (970807-X)
E-6-02, 6th Floor, Block E
Neo Damansara
No1, Jalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya

Tel : +603 7710 0531
Fax : +603 7710 0532
email: info@1wdb.com

FACTS:

1. This company offer you LOAN to buy WDB Dirham (1 oz/30 gm = RM300 ?) and also to KEEP your dirham at their facility. Another Gold/Silver Investment Scams.....paper ribawi schemes. Smart patnership with SINGAPOREAN INVESTORS who are light years ahead in such FINANCIAL RIBAWI PRODUCT/SERVICES to unsuspecting customers like YOU !

2. Do you notice , WDB do not even publish their SILVER COIN PRICE or explain how it was priced daily in the market ! They also try to CON/VINCE you into MLM business....taking your DEPOSIT before even getting any product. Beware this WDB Dirham cannot be used as MUAMALAT as compared to WIM Dirham....in Malaysia and world wide.....

The main actors/owners are (not a word about Islaic Currency, Shariah, Zakat, Riba and Muamalat) :

Reymee Hussein

Founder & Executive Chairman

Reymee’s experience in business started as a cars & spare-parts broker. After losing all his savings in a Timber Concession venture in his early 20’s, he joined Prudential as an insurance agent. All his experience here was only met with great success through Multi-Level Marketing. Through this success, he was able to diversify into properties, development and other business trades & investments, including consultancy & owning a humble Seafood Restaurant, among others.

Today, through his investment ideas, MLM venture & WDB, he is able to educate & assist others who want to achieve financial independence through his leadership programs & systems.

No.2 Founder.....Cikgu Amir, as most people know him by, started his journey in business through his involvement in an Australian Network Marketing company in early 2000. All his experience through this company was met with phenomenal success when he pioneered as a distributor in a local Network Marketing company. Cikgu Amir achieved his 1st million in less than 9months!

As an icon in the industry, he has created many millionaires and helped many achieve success.This has also allowed him to diversify into properties, investments and a few other profitable businesses.

After many months of discussion and planning for WDB, today Cikgu Amir is ready to create another huge impact in the local industry, with the dream of helping the ‘Rakyat’ of Malaysia to retain & create wealth. This man still lives by his famous quotes..

(Comment- he has created many millionaires.......so arrogant and cocky, please check his loan/debt/credit with banks...?)

Tuesday, February 21, 2012

Bulan Sabit Nusantara


Note: After more than 5 years, this poem message blossomed into real events. .one Dinar..one Ummah. Allah is great. His awliya are like winds bringing good news and new seed/plants....to grow..islam.

Bulan Sabit Di Nurnusantara - Dr.Abdad USM,Penang


Maka berbisiklah pulau beribu
KasihNya di riak air danauKu
CintaNya di alun ombak menderu
Shahadunya dalam angin malam bergema
Ertinya dalam sinar fajar purnama
Bangkitnya dalam firasat para nakhoda
NurNya ikat roh dalam jasad berganda
Batinnya dalam gah pelautraja
Bakanya nyior menghampar pulau merata

Jambak suffina menjadi tamrin
Bunganya diboi wangi semusim
Bersama deguknya jantung iklim
Bersama dua kalimahnya lima paksi
Bersama azan laungnya berganti
Bersama roh shuhada para wali

Dari Kampong Som ke Teluk Fathani
Dari luknya ke Sabang meranti
Taman suffina merentas Tahan-Andalas
Semananjung emas pancaran Fansuri berbalas
Disambut kraton tujuh wali tarikas
Ambunnya tercairlah Marauke
Itulah Bulan Sabit di Nusantara kake

Brunei-Mindanao acuan bintang
Dua sahabat bertindis kerdipan
Disambut ribuan pulau taulan
Dalam irama kicauan fiona wadisis
Ledak bumi lontar metamorphosis
Tumbuh hijau tunjang naluri
Naluri pelautraja naluri baktisejati.

NurNya pancaran sabit pancaran bintang
Dari tujuh langit Nurnusantara terentang.
Berbaktilah ia perantara benuaKu
Singgahnya fakir fuqara mencari jalanKu.
UmmahKu kaya pancaran batinya
Getaran Musim uratmuka mukminnya.

Nurnusantara
Salam Antara Benua Kita.


Abdad/REDEEM/6.9.05

Sunday, February 12, 2012

Sulu : Choose Dinar and Dirham, Lays Down Your Arm

Saya telah diminta oleh Menteri Eksekutif SSDI, Datu Habib Zakaria untuk menjadi jurugambar kepada deligasi DINAR/DIRHAM ke Jolo, Sulu pada tanggal 1 Januari 2012 baru-baru ini. Saya hanya dimaklumkan secara tiba-tiba sehari sebelum berlepas ke Manila, bergegas tanpa sempat mengemaskan barang keperluan peribadi menuju ke Jolo, Sulu Darul Islam.

Deligasi Dinar & Dirham yang dipimpin oleh Syaikh Dr Umar Ibrahim Vadillo, diikuti oleh En. Okawa dari Jepun (Mahaguru Kendo), dan En. Muhammed dari Francis (keturunan Arab Morocco). Mereka datang ke Sulu Darul Islam hanya dengan dua tujuan, mengadap PBMM Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa Taufan Sendong di Iligan City.


Menteri Eksekutif SSDI, Datu Habib Zakaria sendiri turut serta dalam rombongan ini sebagai wakil SSDI yang memandu dan menjemput mereka ke Sulu D.I. telah menegaskan bahawa, rombongan Syeikh Dr Umar sendiri boleh lihat nanti, betapa Tausug begitu terpinggir, sekian lama dikomplot dengan gelaran keganasan, hinggakan negara luar mendapat gambaran buruk tentang Sulu.
Rombongan kami seramai 5 orang ini telah berjaya sampai ke Jolo, Sulu D.I. bertolak dengan kapal laut dari Zamboanga City dengan bantuan keselamatan ketat Peacekeeper SSDI 15 orang anggota.

Sebelum Subuh kami telah sampai di pelabuhan Jolo dan disambut dengan meriah oleh Pengawal Keselamatan SSDI, 2 lori dan satu Pajero serta 8 buah motorsikal siap dengan bendera SSDI. Kami dibawa ke hotel (tanpa bintang) yang terletak di dalam kawasan Kem Tentera Filipina untuk beristirehat sebelum dibawa ke Istana SSDI mengadap Sultan Bantilan II.
Dua orang Polis Kerajaan Filipina yang juga penyokong SSDI, dilengkapi senjata M-16 dan B-14 secara sukarela mengawal ketat Syaikh Dr Umar dan rombongannya kemana sahaja mereka pergi dan selama mana mereka berada di Jolo. Ini tidak termasuk pengawal keselamatan SSDI sendiri.


Sessi pertemuan dengan Sultan Sulu berjalan lancar dan penuh muhibbah, kemudian sebelum berpisah diadakan sessi menandatangani MOU Persefahaman antara rombongan Syeikh Dr Umar dengan Perdana Menteri SSDI, Datu Habib Sattiya Amil Hassan disaksikan oleh PBMM Sultan Bantilan II. Kemudian diadakan sessi bergambar. Pada sebelah malamnya, di hotel tempat Syeikh Dr Umar menginap telah diadakan sessi "BULANSANG" dengan Kumpulan Pengawal Keselamatan SSDI yang diketuai oleh Ketua Panglima PEACEKEEPER, Chief of Staff, Syarif Tining kemudian diadakan majlis Bai'ah amalan Zikir Qadiriyyah kepada semua anggota keselamatan SSDI yang diijazahkan terus oleh Syeikh Dr umar Vadillo.

Maka pertama kali dalam sejarah Tausug Moden (hari ini) amalan Qadiriyyah Tausug telah kembali semula setelah putus hampir 100 tahun. Tausug adalah yang terkenal pengamal Tareqat Qadiriyyah (dinisbahkan kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani) yang menyebabkan mereka selama lebih 300 tahun tidak dapat ditundukkan oleh Spanyol. Tareqat ini adalah DARAH DAGING Tausug berabad-abad lamanya sebelum dimasuki oleh Freemason (hari ini hampir 70% Tausug menganggotai kumpulan-kumpulan kecil Fraternity dan golongan kaya atau politik pula mengaggotai Fraternity Induk iaitu Freemason).


Kerja Freemason di Sulu sebenarnya mudah, iaitu "Membangun bangunan dan memusnahkan bangunan", maksud bangunan di sini bukan semata-mata bangunan fizikal pencakar langit tetapi "membangun Orde Baru Dunia menjadikan budaya Tausug JAUH DARI TUHAN, kemudian mencipta perang atau ketidak stabilan untuk terus Tausug kekal begitu" sementara Manila terus membangun dan kaya. Hal ini perlu dilakukan oleh Freemason kepada tausug, kerana tausug adalah bangsa yang paling ditakuti di seluruh Filipina.


Foto En. Okawa dan En. Muhammed bergambar bersama Ketua Panglima Peacekeeper SSDI selepas mengadap Sultan Sulu.


Bukan kerana semata-mata berani, tapi sikap "Batu Api" mereka sehingga bangsa lain di Mindanao turut terangsang dan bangkit menentang Filipina. apa yang menjadi musuh Tausug akan turut menjadi musuh bangsa lain di Mindanao. Sebagai contoh MNLF diasaskan oleh Tausug dan bangsa lain turut serta dalam perjuangan MNLF kemudiannya. Satu contoh lagi ialah kewujudan SULU ZONE abad ke-17 dahulu, Tausug hanya mencetus dan mengarahkan bangsa lain seperti Iranun dan Balangingi' menyerang kawasan-kawasan perdagangan Belanda, Inggeris dan Spanyol diseluruh Nusantara.

Ini adalah satu kenyataan, bukannya rekaan ahli sejarah seperti James F. Warren dan lain-lain.
Berbalik kepada rombongan Syeikh Dr Umar di Jolo, pada keesokan harinya sebelum bertolak ke Zamboanga City, Syeikh Dr Umar Vadillo telah mengijazahkan zikir Qadiriyyah kepada PBMM Sultan Bantilan II di Istananya, dan Syeikh Umar berucap, "Imam Malik r.a. lebih kurang berkata: Sesiapa yang tidak membai'ah Amirnya (pemimpinnya atau Sultannya) mereka kalau mati nanti, akan mati dalam keadaan JAHILIYYAH".

Syeikh Dr Umar Ibrahim Vadillo sedang bergambar dengan ketua Jabatan Pendaftaran Sivil SSDI di Jolo, Datu Habib Muhammad Nukrie (berserban dan berjambang), Polis Filipina dengan B-14 (tengah, beliau adalah juga rakyat SSDI), dan Syeikh umar dengan melilitkan selendang kandit TAUSUG dikepalanya.


Kemudian rakyat yang hadir ketika itu mula berbaris dan satu persatu berbai'ah kepada Sultan dengan nama Allah swt mengakui Sultan Bantilan II sebagai Sultan Sulu, dibela dengan darah dan nyawa serta taat kepada perintah Allah dengan menegakkan undang-undang Syari'ah (Quran dan Sunnah). Kemudian rombongan bergegas ke lapangan terbang Jolo seramai 5 orang termasuk saya dan menaiki kapal terbang menuju ke Zamboanga City.



TIBA-TIBA KECOHNYA KES TERRORIST!!


Setelah kami sampai ke Manila, tiba-tiba muncul berita dalam surat khabar Filipina bahawa mereka sedang mencari 5 orang pengganas telah bolos berkeliaran di Filipina Selatan. Datu Habib Zakaria bila terbaca berita ini tertawa, kemudian mengarahkan anggota keselamatan SSDI untuk memasang mata dan telinga di Zamboanga City dan Jolo. Sebarang gerakan sabotaj yang mereka GELAR sebagai PENGGANAS ABU SAYYAF sedang dalam perhatian SSDI.
PBMM Sultan Bantilan II telah pun menitahkan rakyat SSDI di pedalaman masuk ke dalam semua kampung-kampung (termasuk perkampungan Mujahidin MNLF) untuk berkempen.

Terbaru SATU KUMPULAN bersenjata seramai 300 anggota di pedalaman gunung Sinumaan telah mendaftar sebagai rakyat SSDI. Sultan menitahkan ketua mereka agar jangan terlibat dengan program perang-perang oleh pihak DAJJAL. Mereka kena letak senjata dan angkat bendera Sulu Darul Islam di rumah-rumah mereka demi keamanan dan kesejahteraan umat Islam Tausug. Sultan Bantilan II dengan bantuan Perdana Menterinya sudah pun menemui ketua-ketua kumpulan bersenjata, bertukar fikiran dan pengetahuan berkenaan Sejarah Tausug dan martabat Islam di Nusantara.

Alhamdulillah mereka akur, kerana mereka para kumpulan bersenjata akan dijadikan Tentera Diraja Kesultanan Sulu bila sampai masanya nanti.



"At least five foreign extremists have been hiding on a remote southern Philippine island and could help link Filipino radicals to potential overseas financiers and combat trainers like the al-Qaeda terrorist network, a military commander said yesterday..." Read more: www.philstar.com


Berikut adalah jawapan Menteri Eksekutif SSDI, Datu Habib Zakaria Abdullah dalam Facebook (FB) di ruangan SULU MANTIRI. Sekaligus jawapan beliau adalah jawapan rasmi kerajaan di bawah duli PBMM Sultan Bantilan II:

"This is not the first time the Armed Forces of the Philippines did nasty things to destabilize our nation and people in Sulu. They have been using the Abu Sayyaf 'menace' to their great advantage before since they succeeded in infiltrating this group in the early stages of its raison d'etre. But they will have to think twice this time, as the Sultanate of Sulu Darul Islam is already institutionalizing a 'De Jure' government into a constitutional - regular - and nationally established government. They are not supposed to disturb the SSDI government without the consent of the duly constituted authority.

We know the five "terrorists" operatives mentioned in the AFP report could be alluded to the five visitors of the SSDI, although they can name any other 'mat-juan-adi' as they pleased. But the peace-loving peoples of the world are no longer blind to the facts and reality of what is going in and around Mindanao and Sulu, how the colonizer and occupying power of the independent SSDI have been manipulating issues to justify their human rights abuses including reversing the documented reports of the Human Rights Commission in Jolo, when there were American forces implicated in the carnage against civilians in Maimbung, Sulu, few years ago.


If they want to disturb the peace that SSDI want to bring to this part of the world, let them do their worse. We, in the name of the Almighty Allah, know what we can do later. If they prefer to part ways with bitter memories and on a war-footing, no Tausug have been known to run away from a good fight. Poorly armed as we are now, nevertheless we can still hold on with our ground advantage. But when we shall have amassed enough arms to balance those of the enemy’s, then maybe the legacy of the once powerful kingdom can bare its fangs. Let us remind our friends; never disturb a hornet’s nest !"


Foto diambil dalam Facebook SULU MANTIRI, berkopiah putih ialah Datu Habib Zakaria...

Friday, February 3, 2012

Noorshin Ng Sharing Her Greatest Gift of Life


Why Do I Write?

I am no high flying writer or celebrity. Just the person next door who loves to express some thoughts now and then. Just sharing and learning from others. My friends inspire me. Especially the writers. Sisters Zu, Jamilah and Hajar - keep on inspiring us, okay?

Why do I write? Perhaps its just a way of sitting down and thinking about life from my own point of view, of how some things are, how it should be, could be, to lead a good and happy Muslim life.

The Beauty of Sharing

I prefer to make it simple, no high and lofty interpretations and deep academic research. Islam is made for every man in the street, the man sitting in the director's chair in a posh office, the woman sleeping on a luxurious 20 inch mattress in a 20 room mansion and also the dusty road sweeper down the street. Even the blind, even the deaf. Allah is Merciful.

I am Just an Ordinary Person

I'm just an ordinary person, living an extraordinary life. I am different from many hundreds of millions of people in the world. I am one of the chosen ones. Chosen by Allah and given the invitation to be Muslim. I accepted this gracious and generous offer and I am grateful to my Lord.

Allah is Merciful

Allahu Akbar. He gave me something of the greatest value. Ask many of my revert friends "What is the best thing that happened to you in your life?" They will all give you the same answer "I was given the chance to become Muslim. Islam is the best thing in my life".

Allah is the One who Guides. We can only share

With this wonderful feeling, we strive to share this beautiful message to our friends and relatives. It is an invitation to Jannah! Who wants to go to Paradise? Who wants their loved ones to go to Paradise? If only they would give themselves a chance to find out whether we are telling them the truth or not. If only they will give themselves the chance.

Helping Ourselves when We Help Others

We cannot make them accept or believe. Only Allah SWT can do that. Let us just do our job by sharing Islam in any way you can. We are helping ourselves when we help others.

Souq Muamalah Madinah di Shah Alam 4 Feb.2012

SOUQ TERBUKA (DARI 10 PAGI HINGGA 5:30 PETANG)


Restoran Tandoori Di PJ Terima Dinar Dirham

Alhamdulillah wa syukrulillah! Restoran D'Tandoor, sebuah restoran terkemuka di Malaysia sudi menerima Dinar & Dirham. Restoran yang merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan ini sering menjadi tumpuan ramai kenamaan dalam dan luar negara. Selain di Malaysia, Restoran D'Tandoor mempunyai cawangan di Arab Saudi, Australia dan New Zealand dan Arab Saudi.

Sekumpulan aktivis Dinihari Dinar telah melawat Restoran D'Tandoor lewat petang semalam dan disambut mesra oleh Encik Abdul Rahim Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif D'Tandoor Food Industries Sdn Bhd.



Sambil menjamu juadah makan malam, Encik Abdul Rahim mengusulkan beberapa cadangan untuk segera mengembangkan penggunaan Dinar & Dirham. Beliau serta-merta menawarkan tempat untuk aktivis Dinihari Dinar memberikan penerangan pada hari Ahad ini (5 Febuari) di majlis anjuran D'Tandoor. Beliau juga menawarkan kemudahan majlis taklimat Dinar & Dirham pada 18 dan 19 Febuari ini di Petaling Jaya.

Disamping itu, satu pakej istimewa perlancongan ke China menggunakan dirham yang diusahakan pihak beliau akan diumumkan sedikit masa lagi. Subhanallah!

Dalam pertemuan singkat tersebut banyak ruang dan peluang untuk kembalinya muamalah telah dibuka luas. Nyata sekali pihak D'Tandoor amat menyokong kembalinya Dinar dan Dirham kepada Ummah.

Moga Allah memberkati dan melimpahkan rahmat kepada Encik Abdul Malik Abdullah (Pengasas Restoran D'Tandoor), Encik Abdul Rahim Abdullah serta semua warga kerja Restoran D'Tandoor. Semoga usaha Restoran D'Tandoor menjadi contoh ikutan para usahawan agar segera menyatakan "KAMI TERIMA DINAR DAN DIRHAM."

Allahu Akbar! Allahumma salli 'ala Muhammad!